Sempena minggu merdeka, saya nak bercerita perihal anak saya Dania Hannah yang kadang-kadang membuatkan saya sangat-sangat pening kepala, Pada suatu hari sewaktu pulang dari kerja dia telah bertanya sesuatu pada saya..
" Ibu, ada tak gambar atok merdeka?"..hah..sapa plak atok merdeka...
" Dulu ada gamba atok merdeka dalam rumah ni, tapi atok dah bawak kat pejabat dia "...saya confius, sejak bila pulak ayah mertua ada office..
Oleh kerana saya letih saya menyatakan pada dia selepas saya berbuka nanti saya akan carikan gambar atok merdeka. Tapi kan saya buat-buat lupa..( jahat nya )..sehinggalah tengah malam dia bertanya lagi perihal atok merdeka..Oleh kerana tdk mahu hampakan perasaan anak, saya pun mencari sebuah buku, dan saya berikan padanya. Diselak buku itu dan dia menjerit kesukaan..
"haha inilah gambar atok merdeka tu" mahu lihat gamba tu?...
Rupanya Pm dipanggil atok merdeka...Buku tu dapat dari MIL saya. Saya simpan untuk koleksi, ada sejarah kemerdekaan Malaya.
Sewaktu Dania search atok merdeka ni dalam internet Dani Hafiy sibuk mengendeng. Sehingga menjadi kemarahan Dania Hannah, tapi bila dah jumpa gambar atok merdeka itu, Dania tak marah-marah lagi..


0 comments:
Post a Comment