Bercadang pulang ke kg esok, itu pun kalau cuti dah lulus, risik-risik dgn teman pagi tadi nampak macam dah approve, huhuhu. Girang rasa dihati. Sebenarnya saya mengikut suami ada tugasan di Jb, sambil menyelam minum air, bley singgah di Jb. Merisik sejauh mana perubahan bandar itu, seingat saya hampir 5 tahun tdk singgah di sana. kashan saya :).


Membesar kan anak-anak yang dalam peringkat pembesaran amat menguji kesabaran, semalam petang Dania mandi bermain syampo yang baru saya beli, seingat saya bulan ni saha hampir 2 botol syampoo digunakan untuk mandi buih..mandi buih??...yer anak dara saya sangat suka bermandi buih. Dan semenjak rumah kami berwireless, anak dara saya sudah pandai menggunakan youtube. Terkejut saya kerana pada suatu petang dia sudah taip perkataan cartoon di yahoo seacrh dan sudahnya laman web itu terbuka, dan berbagai khazanah diselongkar. suatu ketika melompat dia, mengatakan lagu di sekolah ada di dalam komputer, bagaimana harus saya menerangkan??, pening juga kepala..he3heh