Ini adalah kesinambungan seharian berkursus di Seremban tempohhari, anjuran YAPEIM..(betul ker ejaan ?) katanya :
Pada seisi permulaan kami diperkenalkan tentang elemen-elemen manusia. Manusia mempunyai 4 perkara utama iaitu jasad, rohani, bayang-bayang dan semangat. Diterangkan juga makanan roh yang selama ini cik kasih tidak pernah ambil tahu , salah satunya menuntut ilmu, dan niat kerja dengan ikhlas. Sebagai umat Islam, haruslah menanggap kerja itu sebagai Ibadah.
Pada seisi kedua pula kami diterangkan dengan pengurusan stress. Ini amat menarik minat saya kerana seringkali juga semenjak kebelakangan ini cik kasih stress di tempat kerja kadangkala terbawa hingga ke ruamh, sudahnya suami dan anak menjadi mangsa..:) Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan stress di kalangan kita. antaranta Organisasi ( tempat bekerja ), interaksi sosial, kesesakan, peristiwa keluarga, persekitaran fizikal, gaya hidup, personaliti glamour , melakukan dosa, tidak redha, fikiran negatif dan juga perangkap minda. Saya amat tertarik dengan hujah yang disampaikan pada bab tidak redha. Saya akui kadangkala saya tidak pernah bersyukur dengan apa yang saya perolehi, saya sentiasa inginkan lebih dari yang telah Allah berikan kepada saya. Jarang2 saya bersyukur..saya selalu marah-marah sekiranya saya kekurangan wang, atau bila mana saya tidak memperolehi apa yang saya hajati, perlu diingat wahai cik kasih.. semua itu adalah keredhaan yang perlu kita semaikan. kita harus sentiasa berusaha mencari keredhaan yang telah diberikan kepada kita..usaha dan tawakkal dalam mencari sesuatu , bersyukur dengan apa yang diperolehi , Mudah-mudahan diberkati olehNya. Aminnnn...
Diakhir seisi kami diminta untuk mengisi borang potong gaji untuk YAPEIM. Cik kasih seronok mendengar kursus ini, boleh juga dinamakan terapi minda..bila seharian bekerja kita tentu rasa letihkan..seisi cuci kepala kasi yang karat2 itu terhakis..:)


0 comments:
Post a Comment