Setahun sekali Cik kasih menulis. bukannya apa almaklumlah CK terlalu sibuk dengan kerja dan anak-anak.apatah lagi bila anak makin membesar.Perlu kan sangat lebih perhatian. Tu belum lagi perhatian kepada ayahnya. Hewewewe..Dania sekarang sudah tahun 2. Suam-suam kuku sahaja pembelajarannya, lebih banyak main..suruh baca dia baca tapi satu pun tak faham, so si ibu kena lah revise banyak kali untuk memastikan dia faham apa yang dibacanya.Sekarang ni kan dia dalam modul KSSR. Jadinya CK kena tahu dulu apa itu KSSR,evidens lah dan apa-apa lagi supaya CK boleh mengajar ikut scedule bukan main taram saja. Makanya buku2 lama itu mcm dah tak berguna lagi.Pembelajaran anak2 sekarang dah tak macam CK dulu.Tahun 2 dah kena buat esey in english.Rasanya zaman CK dulu baru nak belajar mengeja.Bukan si kakak je buka kamus, CK pun sama kena study..hahahah kadang2 CK nganga juga lah tengok exercise book dia orang ni..Azam CK, setiap malam kena buat exercise untuk dia sekurangnya satu sahaja pun memadai.Tak mahu paksa sangat dan tak mahu bagi muka sangat layan drama melayu macam ibu dia..:P..Esok CK nak print evidens untuk band 6, nak tengok upaya atau pun tidak dia nak sampai target tu..

mood : sakit kaki dan badan , buat exercise petang tadi bersama kawan CK...